GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
GURU BERTUGAS MINGGU INI : 15 - 19 APRIL 2013 PN SUDIYATI BT SALLEH, EN EN ZULKIFLI BIN M.YUSOF DAN TN HJ HALIM BIN MD YATIM
Laman Rasmi SMK Lokman Hakim
PERTANDINGAN KAWAD KAKI DAERAH
PELANCARAN PROGRAM BENCI ZINA


MAJLIS PELANTIKAN PUSTAKAWAN

SMKLH 18 Mac 2013 : Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber telah diadakan bertempat di Dataran Ilmu SMK Lokman Hakim. Majlis yang bermula pada pukul 7.15 pagi di mulai dengan bacaan doa oleh Saudara Mohd Sobarie Bin Chamingan dengan dihadiri oleh semua pelajar sekolah dan guru-guru SMK Lokman Hakim. Antara objektif majlis ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan dan semangat kepada barisan Pengawas Pusat Sumber supaya dapat menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh tanggungjawab.
Majils ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua sekolah ini iaitu Pn Hjh Rusidah Binti Saian. Antara ucapan Pengetua menyatakan bahawa Pengawas Pusat Sumber perlu menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain bukan sahaja dari segi kepimpinan, tetapi juga dari segi akademik dan sahsiah. Beliau juga menyeru semua Pengawas PSS memperbanyakkan jumlah bacaan buku mereka.
Pada tahun ini saudari Kuntum Zawana Binti Saliman telah dilantik menjadi pengerusi dan mengetuai barisan kepimpinan Pengawas Pusat Sumber. Diharapkan beliau dapat memimpin ahli-ahlinya untuk menjadi satu pasukan pemimpin yang boleh memimpin pelajar-pelajar lain.

<lagi gambar>
i. Memberi pengiktirafan dan semangat kepada barisan Pengawas Perpustakaan SMK Lokman Hakim supaya dapat melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh tanggungjawab.
MESYUARAT AGUNG PIBG

SMKLH: Mesyuarat Agung PIBG kali ke 26 telah dijalankan pada 2 Mac 2013 bertempat di Dewan Orang Ramai Felda Lok Heng Barat. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh En Zailani Bin Hj Selamat, Pengarah Seranta(Felda) Negeri Johor, Jabatan Perdana Menteri. Dalam majlis ini juga pihak sekolah telah memperkenalkan kepada ibubapa 'pelajar-pelajar Hadrah'. Pelajar Hadrah merupakan pelajar-pelajar target yang telah dikenalpasti oleh pihak sekolah. Mereka inilah yang akan menaikkan nama sekolah dalam peperiksaan PMR dan SPM 2013.
Dalam mesyuarat ini juga ramai ibu bapa mengambil peluang bertanyakan perkembangan sekolah pada masa kini. mereka mengharapkan agar pihak sekolah dapat memberikan pelajaran yang sebaik mungkin untuk anak-anak mereka.


PELANCARAN PROGRAM NILAM

SMK Lokman Hakim:
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini. Sehubungan dengan itu Pusat Sumber SMK lokman Hakim telah membuat satu program iaitu Pelancaran Program Nilam dan Penyampaian Hadiah Tokoh Nilam Peringkat sekolah ini. Pelancaran Program Nilam telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Lokman Hakim iaitu Pn Hjh Rusidah Binti Hj Saian pada 25 Feb. 2013 bertempat di Dataran Ilmu.Tokoh Nilam sekolah ini telah disandang oleh Saudari Fitrah Binti Joha dari kelas 5 Alfa. Beliau telah dihadiahkan dengan sijil, sebuah novel dan piala. Bagi memberikan galakkan kepada pelajar-pelajar lain pihak sekolah turut memberikan hadiah kepada pembaca terbanyak mengikut tingkatan.
Syabas dan tahniah kepada pemenang dan diharapkan dengan adanya usaha sebegini akan mendorong pelajar-pelajar lain untuk menanam minat membaca.

More Articles...
Page 1 of 5
log Masuk
KEPIMPINAN PENDIDIKAN



TEPATI MASA
Statistik Pelawat






![]() | Hari Ini | 15 |
![]() | Minggu Ini | 210 |
![]() | Bulan Ini | 1838 |
![]() | Pelawat Keseluruhan | 138530 |
Hari Ini: 22 May, 2013






































